Assalamualaikum..
Lama dah tak update blog ni...buat 2012,skrang baru bukak.sejak tengok,ushar2 blog orang lain ,rasa gian pulak nak update blog sendiri.hehe..2015 da ye sekarang ni.dah form 5.sejujurnya,tak ready nak tempuh dunia sebenar.kat asrama ,kawan baik-baik,bagus belake..imtiaz besut kan.tapi ramai org cerita,senior2,kawan2 crita,kat universiti nanti lah kita akan jumpa macam-macam ragam manusia..ada yang baik sgat2,sensitif,jahat,nakal..dan tak mustahil kat univ nanti kita akan roomate denga org bukan se-bangsa atau seagama kita..fuuh.tak tercapai akal..camne la nak berbaik2 dengan orang bukan sekepala dengan kita..cikgu fakrul cakap (kaunselor sekolah aku) , kita kena pandai berkomunikasi dgn orang,tk bleh jd pasif kat universiti.nak BERJAYA kena bekerjasama..cakap pasal Universiti,SPM pun tak lepas lagi.kata orang,SPM penentu masa depan kita.PMR,Alhamdulillah aku straight A..SPM InsyaAllah...harap sangat2..Ingat lagi aku masa ambik result PMR,takde rasa apa2 pun,terkejut tidak,gembira pun biasa2 je..yelah trial pun dah 7A..kira pelajar wajib straight la.(puiih)..SPM aku nak balik rasa tu.Ayah aku cerita,kalau dapat 11A SPM , bukan kita cari universiti,universiti cari kita..fuhh ,hebatnya kita.biasiswa menunggu je..kita hanya pilih nk yang mana..Jordan,UK,USA,Korea,Jepun..boleh belaka..Cakap saja tak guna,Usaha kena ada..kan?